
Siri Bengkel Penulisan Cerpen Anjuran SBC x MHF Malay Writers Residency Programme Adakah anda sedang berhasrat untuk menulis fiksyen atau mencari cara memperhalusi gaya penulisan? Siri bengkel ini akan membimbing anda secara bertahap — daripada cetusan idea pertama sehinggalah ke perenggan pembukaan yang mampu memikat pembaca. Siri ini dikendalikan oleh penulis pemenang anugerah, Farihan Bahron, dan pensyarah sastera, Dr Noridah Kamari. Bengkel ini direka khusus untuk penulis baharu yang ingin memahami seni penceritaan melalui lensa kesusasteraan Melayu, sambil menguasai kemahiran asas penulisan cerpen. Anda bukan sahaja akan didedahkan kepada teknik pembinaan cerita, tetapi juga memahami proses melahirkan karya yang berkesan dengan meneroka tema, gaya bahasa, latar dan watak. Setiap sesi selama 2 jam ini akan menggabungkan kaedah, perbincangan dan latihan menulis yang dilakar untuk mencabar minda dan menyemarakkan kreativiti anda.
Harga Siri Bengkel:
$12 (Satu Sesi)
$35 (Siri Bengkel Pakej Empat Sesi)
12 Ogos Sesi 1 — Cetusan Idea & Premis
Fasilitator: En Farihan Bahron
Bebaskan imaginasi anda untuk membentuk premis.
Kami akan meneroka sumber inspirasi, cara menzahirkan pengalaman dan imaginasi menjadi asas cerita, serta membina premis yang bermakna dan berfokus.
19 Ogos Sesi 2 — Watak & Plot
Fasilitator: En Farihan Bahron
Hidupkan watak dan susun perjalanan mereka.
Sesi ini akan menumpukan pada teknik pembinaan watak, dialog, serta struktur plot yang memberi kesan emosi dan kesinambungan cerita.
26 Ogos Sesi 3 — Tema & Latar
Fasilitator: Dr Noridah Kamari
Terokai keindahan masa, tempat dan konteks budaya.
Melalui contoh cerpen Melayu dari pelbagai era, kita akan memahami bagaimana tema dibina melalui latar dan bagaimana mencipta dunia penceritaan yang kaya dan bermakna.
02 September Sesi 4 — Gaya Bahasa & Perenggan Pembuka
Fasilitator: Dr Noridah Kamari
Cari suara anda dan cipta pembukaan yang mencangkuk perhatian.
Kami akan menyelami gaya pengucapan, retorik, ritma ayat dan alat kesusasteraan — dan menulis perenggan pembuka yang benar-benar menarik perhatian.
Setiap sesi selama 2 jam ini akan menggabungkan kaedah, perbincangan dan latihan menulis yang dilakar untuk mencabar minda dan menyemarakkan kreativiti anda.
Cancellation Policy
The programme can be cancelled or postponed two weeks before the date if the minimum number of 8 participants is not met. Participants will be fully refunded for programmes cancelled by us.
Participants who are unable to attend a programme they have registered for are to inform us of the reason two weeks before the programme date. They will be fully refunded in the event of extenuating and mitigating circumstances (E.g. illness, bereavement, accidents). Those who did not turn up at the programme will not receive a refund. Upon registration, you are deemed to have read and understood the terms and conditions and cancellation policy and accept the terms contained therein. All information given is correct at the time of publishing, but is subject to change without prior notice.
The Organiser reserves all rights to amend any terms and conditions without prior notice, and, in the event of any dispute, the Organiser’s decision is final.
For enquiries, please email [email protected]
Farihan Bahron
Farihan Bahron ialah seorang penulis Singapura dan pengasas bersama syarikat penerbitan Unggun Creative. Beliau telah menerima pelbagai pengiktirafan, termasuk Anugerah Harapan pada tahun 2017, Hadiah Sastera Singapura pada tahun 2018, 2022 dan 2024, serta Anugerah Persuratan pada tahun 2020/2021 dan 2023.
Karya kreatif beliau yang merangkumi puisi dan cerpen telah meraih kejayaan dalam pertandingan sastera seperti Anugerah Pena Emas (2003, 2015) dan Mencari Kristal (2016). Pada tahun 2023, beliau telah diberi penghormatan menerusi Penghargaan Sastrawan Muda oleh MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara).
Farihan memegang ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Melayu dan Sastera dari Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura dan Sarjana Sastera dalam Pengajian Melayu dari Universiti Malaya.
Noridah Kamari
Noridah Kamari ialah pemilik bersama syarikat penerbitan, Unggun Creative. Beliau menerima ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kesusasteraan Melayu daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 2019. Beliau pernah meraih Anugerah Harapan pada 2013 dan Anugerah Persuratan bagi sajak pada tahun-tahun 1999, 2001, 2003, 2007 dan 2009.
Sajak-sajaknya terakam dalam beberapa antologi puisi serantau. Beliau turut mengarang buku kanak-kanak berjudul Negeri Setengah Jalan (2015), Lili di Majlis Kahwin (2026), Rudy di Kerajaan Kucing (2026) dan Api! Api! Api! (2026); dan kumpulan sajak Gigi Nadim Masih Rongak (2020). Dua buah novelnya berjudul Buku Tahunan dan Membina Istana Di Angkasa diterbitkan pada tahun 2023.
Noridah juga bertugas sebagai pensyarah bersekutu dalam bidang kesusasteraan Melayu.