

Cat 1: $208
Cat 2: $188
Cat 3: $148
Cat 4: $108
Cat 5: $88
Esplanade Box: $208
Premier Box: $208
Ticket Pricing excludes Booking Fee. Booking Fee is as follows:
$6 booking fee per ticket for tickets above $60
$4 booking fee per ticket for tickets between $40.01 and $60
$3 booking fee per ticket for tickets between $20.01 and $40
$1 booking fee per ticket for tickets priced up to $20
KUMPULAN BARBARIK BAKAL MENGGEGARKAN SINGAPURA
MENERUSI “PENTAS BARBARIK: LIVE @ SINGAPORE”
Singapura bakal menjadi saksi kepada sebuah malam penuh tenaga apabila kumpulan rock tersohor, Barbarik, mengadakan konsert khas bertajuk Pentas Barbarik: Live @ Singapore di Esplanade Concert Hall pada 18 April 2026 (Sabtu), jam 7.30 malam.
Ditubuhkan oleh barisan pemuzik berpengalaman yang pernah mencipta fenomena dalam industri muzik rock Malaysia, Barbarik dikenali dengan karya yang sarat emosi, lirik bermakna serta persembahan pentas yang penuh bertenaga. Kehadiran mereka ke Singapura pastinya dinanti-nantikan oleh para peminat setia, khususnya pencinta muzik rock Nusantara.
Barbarik yang telah melancarkan album sulung berjudul Peluru Cokelat dianggotai oleh Jo Brako selaku pemain gitar utama serta petua kumpulan, Muss selaku penyanyi utama, Rozaimi (bass) dan Ainol (dram) serta Lie sebagai pemain keyboard undangan.
Konsert khas ini turut menampilkan pemuzik undangan istimewa iaitu Eddie dan Black , sekali gus menjanjikan pengalaman muzik yang lebih dinamik dan eksklusif buat para penonton yang hadir menyaksikan konsert ini nanti.
Konsert Pentas Barbarik: Live @ Singapore dijangka menyajikan rangkaian lagu-lagu popular Barbarik yang telah mendapat sambutan hangat serta beberapa lagu evergreen dari kumpulan mereka terdahulu , di samping susunan muzik yang segar dan bertenaga, selari dengan reputasi mereka sebagai sebuah kumpulan yang sentiasa mengutamakan kualiti persembahan secara langsung. Peminat juga akan di ajak bersama berdendang dengan lagu Raya popular mereka memandangkan konsert akan di adakan pada tarikh yang hanya berselang beberapa hari dari Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Penganjuran konsert ini bukan sahaja menandakan langkah penting Barbarik di peringkat antarabangsa, malah menjadi peluang istimewa buat peminat di Singapura untuk menyaksikan sendiri kehebatan mereka di pentas berprestij Esplanade Concert Hall.
Terms of Ticket Sales
Conditions of Entry
Photography / Video Recording Rules
The Promoter reserves all rights to refuse entry to patrons who fail to comply with the Conditions of Entry outlined above, as well as any other additional measures as stipulated by the government at any time, and tickets will not be refunded.
For wheelchair accessible seating, please contact BookMyShow Singapore Customer Service at [email protected] or +65 65918871.