
Sesi 1 — Cetusan Idea & Premis Fasilitator: En Farihan Bahron Bebaskan imaginasi anda untuk membentuk premis. Kami akan meneroka sumber inspirasi, cara menzahirkan pengalaman dan imaginasi menjadi asas cerita, serta membina premis yang bermakna dan berfokus. Siri Bengkel Penulisan Cerpen anjuran SBC x MHF Writers Residency Programme Adakah anda sedang berhasrat untuk menulis fiksyen atau mencari cara memperhalusi gaya penulisan? Siri bengkel ini akan membimbing anda secara bertahap — daripada cetusan idea pertama sehinggalah ke perenggan pembukaan yang mampu memikat pembaca. Siri ini dikendalikan oleh penulis pemenang anugerah, Farihan Bahron, dan pensyarah sastera, Dr Noridah Kamari. Bengkel ini direka khusus untuk penulis baharu yang ingin memahami seni penceritaan melalui lensa kesusasteraan Melayu, sambil menguasai kemahiran asas penulisan cerpen. Anda bukan sahaja akan didedahkan kepada teknik pembinaan cerita, tetapi juga memahami proses melahirkan karya yang berkesan dengan meneroka tema, gaya bahasa, latar dan watak. Setiap sesi selama 2 jam ini akan menggabungkan kaedah, perbincangan dan latihan menulis yang dilakar untuk mencabar minda dan menyemarakkan kreativiti anda.
Harga Siri Bengkel:
$12 (satu sesi)
$35 (siri bengkel, empat sesi)
Sesi 1 — Cetusan Idea & Premis
Fasilitator: En Farihan Bahron
Bebaskan imaginasi anda untuk membentuk premis.
Kami akan meneroka sumber inspirasi, cara menzahirkan pengalaman dan imaginasi menjadi asas cerita, serta membina premis yang bermakna dan berfokus.
Cancellation Policy
The programme can be cancelled or postponed two weeks before the date if the minimum number of 8 participants is not met. Participants will be fully refunded for programmes cancelled by us.
Participants who are unable to attend a programme they have registered for are to inform us of the reason two weeks before the programme date. They will be fully refunded in the event of extenuating and mitigating circumstances (E.g. illness, bereavement, accidents). Those who did not turn up at the programme will not receive a refund. Upon registration, you are deemed to have read and understood the terms and conditions and cancellation policy and accept the terms contained therein. All information given is correct at the time of publishing, but is subject to change without prior notice.
The Organiser reserves all rights to amend any terms and conditions without prior notice, and, in the event of any dispute, the Organiser’s decision is final.
For enquiries, please email [email protected]
Farihan Bahron ialah seorang penulis Singapura dan pengasas bersama syarikat penerbitan Unggun Creative. Beliau telah menerima pelbagai pengiktirafan, termasuk Anugerah Harapan pada tahun 2017, Hadiah Sastera Singapura pada tahun 2018, 2022 dan 2024, serta Anugerah Persuratan pada tahun 2020/2021 dan 2023.
Karya kreatif beliau yang merangkumi puisi dan cerpen telah meraih kejayaan dalam pertandingan sastera seperti Anugerah Pena Emas (2003, 2015) dan Mencari Kristal (2016). Pada tahun 2023, beliau telah diberi penghormatan menerusi Penghargaan Sastrawan Muda oleh MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara).
Farihan memegang ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Melayu dan Sastera dari Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura dan Sarjana Sastera dalam Pengajian Melayu dari Universiti Malaya.
Farihan Bahron is a Singaporean author and the co-founder of the publishing firm, Unggun Creative. He has received numerous accolades, including the Anugerah Harapan (Promising Writer Award) in 2017, the Singapore Literature Prize in 2018, 2022, and 2024, as well as the Anugerah Persuratan (Literary Award) in 2020/2021 and 2023.
His creative works, which span poetry and short stories, have achieved success in literary competitions such as the Golden Point Award (2003, 2015) and Mencari Kristal (2016). In 2023, he was honoured with the Young Literary Award by MASTERA (The Southeast Asia Literary Council).
Farihan holds a Bachelor of Arts in Malay Language and Literature from the Singapore University of Social Sciences and a Master of Arts in Malay Studies from the Universiti Malaya.