Sesi 3: Tema & Latar Fasilitator: Dr Noridah Kamari Terokai keindahan masa, tempat dan konteks budaya. Melalui contoh cerpen Melayu dari pelbagai era, kita akan memahami bagaimana tema dibina melalui latar dan bagaimana mencipta dunia penceritaan yang kaya dan bermakna. Siri Bengkel Penulisan Cerpen anjuran SBC x MHF Writers Residency Programme Adakah anda sedang berhasrat untuk menulis fiksyen atau mencari cara memperhalusi gaya penulisan? Siri bengkel ini akan membimbing anda secara bertahap — daripada cetusan idea pertama sehinggalah ke perenggan pembukaan yang mampu memikat pembaca. Siri ini dikendalikan oleh penulis pemenang anugerah, Farihan Bahron, dan pensyarah sastera, Dr Noridah Kamari. Bengkel ini direka khusus untuk penulis baharu yang ingin memahami seni penceritaan melalui lensa kesusasteraan Melayu, sambil menguasai kemahiran asas penulisan cerpen. Anda bukan sahaja akan didedahkan kepada teknik pembinaan cerita, tetapi juga memahami proses melahirkan karya yang berkesan dengan meneroka tema, gaya bahasa, latar dan watak. Setiap sesi selama 2 jam ini akan menggabungkan kaedah, perbincangan dan latihan menulis yang dilakar untuk mencabar minda dan menyemarakkan kreativiti anda.
Harga Siri Bengkel:
$15 (satu sesi)
$48 (siri bengkel, empat sesi)
Sesi 3 — Tema & Latar
Fasilitator: Dr Noridah Kamari
Terokai keindahan masa, tempat dan konteks budaya.
Melalui contoh cerpen Melayu dari pelbagai era, kita akan memahami bagaimana tema dibina melalui latar dan bagaimana mencipta dunia penceritaan yang kaya dan bermakna.
Cancellation Policy
The programme can be cancelled or postponed two weeks before the date if the minimum number of 8 participants is not met. Participants will be fully refunded for programmes cancelled by us.
Participants who are unable to attend a programme they have registered for are to inform us of the reason two weeks before the programme date. They will be fully refunded in the event of extenuating and mitigating circumstances (E.g. illness, bereavement, accidents). Those who did not turn up at the programme will not receive a refund. Upon registration, you are deemed to have read and understood the terms and conditions and cancellation policy and accept the terms contained therein. All information given is correct at the time of publishing, but is subject to change without prior notice.
The Organiser reserves all rights to amend any terms and conditions without prior notice, and, in the event of any dispute, the Organiser’s decision is final.
For enquiries, please email [email protected]
Noridah Kamari ialah pemilik bersama syarikat penerbitan, Unggun Creative. Beliau menerima ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kesusasteraan Melayu daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 2019. Beliau pernah meraih Anugerah Harapan pada 2013 dan Anugerah Persuratan bagi sajak pada tahun-tahun 1999, 2001, 2003, 2007 dan 2009.
Sajak-sajaknya terakam dalam beberapa antologi puisi serantau. Beliau turut mengarang buku kanak-kanak berjudul Negeri Setengah Jalan (2015), Lili di Majlis Kahwin (2026), Rudy di Kerajaan Kucing (2026) dan Api! Api! Api! (2026); dan kumpulan sajak Gigi Nadim Masih Rongak (2020). Dua buah novelnya berjudul Buku Tahunan dan Membina Istana Di Angkasa diterbitkan pada tahun 2023.
Noridah juga bertugas sebagai pensyarah bersekutu dalam bidang kesusasteraan Melayu.
Noridah Kamari is the co-owner of the publishing firm, Unggun Creative. She received her Doctor of Philosophy (PhD) in Malay Literature from Universiti Sains Malaysia in 2019. She was a recipient of the Anugerah Harapan (Promising Writer Award) in 2013 and has won the Anugerah Persuratan (Literary Award) for poetry in 1999, 2001, 2003, 2007, and 2009.
Her poems have been featured in several regional poetry anthologies. She has also authored children's books titled Negeri Setengah Jalan (2015), Lili di Majlis Kahwin (2026), Rudy di Kerajaan Kucing (2026), and Api! Api! Api! (2026); as well as a poetry collection, Gigi Nadim Masih Rongak (2020). Two of her novels, titled Buku Tahunan and Membina Istana Di Angkasa, were published in 2023.
Noridah also serves as an associate lecturer in the field of Malay literature.